Friday, 17 November 2017

Review : SAMSUNG GALAXY J7 PLUS SYOK HABISS

Assalammualaikum Dunia ;)

CB baru dapat gadget baru SAMSUNG GALAXY J7+ yang awesome baq hang . yaaaaa ... lompat bintang jappp

Sebelum nie CB pakai brand SAMSUNG jugak , iaitu SAMSUNG TAB A, sepanjang 2 tahun pakai SAMSUNG TAB A , best jugak sebab skrin dia besaq , memang puas hati pon , dan budak budak nie selalu tengok cartoon or video guna SAMSUNG TAB A.

Apa yang CB nak share kat sini ialah , SAMSUNG TAB A , memang bagus , akan tetapi nak upgrade sikit kepada SAMSUNG GALAXY J7+ yang lagi memukau dngan 2kamera yang terbaharu .

Lagi pon tak nak lah berebut ngan dak Rayyan kan , asyik dia jer nak hold on SAMSUNG TAB A , so marilah kita beli SAMSUNG GALAXY J7+ gitew .


Yezzz it's mine babe 😍😍


Apa yang best SAMSUNG GALAXY J7+ nie, harga nya pon mampu milik dan semasa hari kejadian , warna yang ditawarkan adalah BLACK  and GOLD , dan semestinyalah CB pilih BLACK kan , BLACK tetap dihati . Dan jadilah pengguna yang bijak pandai , sebab SAMSUNG ade buat tawaran rebat sebanyak RM200 untuk semua jenis model telephone yang sudah tidak dipakai lagi , haaaa berbalaoi-baloi yang penting telephone tue masih berfungsi lagi yer kengkawan , tawaran ini hanya sah sehingga akhir bulan December atau selagi stock masih ada . Apa tunggu lagi , jom cecepat kita serbu kedai SAMSUNG untuk menukar telephone yang baharu dan dapat jimat duit sebanyak RM200. 

Semestinya  SAMSUNG GALAXY J7+ membolehkan anda untuk berselfi dengan mudah dan picture pon amat cantik bila di capture dan juga mempunyai teknologi yang terkini , jangan risau kalau anda suka bergambar dan bimbang storage yang kecil , kerana pasti anda akan gembira dan tersenyum dengan adanya SAMSUNG GALAXY J7+. 

Mana nak dapatkan  SAMSUNG GALAXY J7+ ni , meh CB nak bagitau , anda bolehlah membeli tanpa was-was di semua kedai telekomunikasi SAMSUNG yang sah sahaja .


The All New Samsung Galaxy J7+ - 1st J Series With Dual Camera‎

Adwww.samsung.com/my/J7plus

Introducing the first Galaxy J Series with Dual Camera. For Effortless Pictures!

Fingerprint Sensor · Dual Sim · Selfie Focus

Services: Phone Support, Live Chat, Email Support



more info please click here http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-j7plus

Sleek full metal body

The polished , rounded edges provide a smooth and perfect grip. This solid and durable phone is available in Black and Gold.

take notes all information click www.samsung.com





p/s: ni nak habaq, kat rumah pon pakai tv, peti ais brand SAMSUNG .
       Ok Encik SAMSUNG boleh ambik CB jadi duta SAMSUNG okew 😍😍

Thursday, 16 November 2017

OPEN DAY WAJA CEMERLANG & KANTIN DAY 2017

Assalammualaikum Dunia ;)

Diam tak diam dah sampai bulan November , adoiii dah setengah bulan pon ... itu makna nya , tidak lama lagi sekolah akan bercuti panjang .... dan bulan November adalah bulan yang sangat sibuk untuk para guru-guru dan anak-anak sebab depa ade buat macam-macam aktiviti dan anak-anak pon kena joint sekali .

khemah yang disediakan untuk para tetamu

Archery port

Gerai buah buahan

Memang happening

Begitulah jugak citer dak Rayyan , kat sekolah dia ade buat 'Open Day' dimana terdapat sesi jual beli dan anak-anak terlibat dalam aktiviti jual beli ini . Dak Rayyan jual buah-buahan ngan kawan-kawan dia sambil dibantu oleh teacher . Selain daripada aktiviti jual beli , terdapat coloring contest untuk anak-anak, acara memanah dan sesi beramah mesra antara ibu bapa .

Cuaca pada hari itu pada awal pagi memang cantik disinari limpahan cahaya sang suria , akan tetapi menjelang tengah hari , mutiara indah dari langit pon berguguran membasahi bumi ;)
aktiviti memanah yang dijalankan 
Okew , kejadian nie pon pada bulan November , yar lar kan dah nak tutup sekolah , pihak sekolah pon menganjurkan 'Hari Kantin' . Budak budak nie amat teruja sebab nak masuk 'rumah hantu' macam best jer kan , haaa bila dah masuk semua mengeluh 'laaaa, tak der pon hantu' budak-budak kan , semasa hari kejadian banyak lah gerai-gerai makanan yang dijaga oleh cikgu dan dibantu oleh para pelajar , memang meriah lar, selain rumah hantu , terdapat permainan menguji minda seperti PS4, bola, memanah dan karaoke . Budak-budak sekarang nie yang trademark 'Budak Baru Nak Up' memang power biler nyanyi, semua tak rasa malu dan segan .
jamuan dalam kelas sempena hari kanak-kanak


 Korang tahu tak yang paling panjang beratur sekali semestilah nak masuk 'rumah hantu ' , jenuh nak tungggu biler nak masuk .

Cuaca pulak dari pagi memang hujan renyai-renyai , semua pon gembira dan kami balik awal sikit sebab dah tengah hari semakin ramai pulak umat kat sini . Haaaa tue lar citer bulan November yang menjadi penutup sekolah pada tahun 2017.
Dak Rayyan tengah asah skill memanah


p/s:Tinggal sebulan je penutup tahun nie, semoga tahun  2018 akan lebih indah dan lebih banyak rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta bertambah tambah amal kita Insyaallah.

Wednesday, 15 November 2017

The Beautiful of Wednesday😎😎

Assalammualaikum Dunia😘😘

Hari yang indah semestinyalah bermula dari kita 😎😎

Yaaa my rose dah mula berkembang 😍😍


Minggu nie hujan turun setiap pagi, alhamdulillah, suasana sejuk dan damai je diwaktu pagi dan tanaman pon suka hati jer hidup  dengan suburnya.
Tengoklah bunga CB pon mula mekar ditaman larangan astakona.

Nah satu lagi picture yang telah dicapture selepas hujan.

After rain 😘😘

Oke tue je nak habaq pagi nie, babai πŸ‘‹

Tuesday, 14 November 2017

Giveaway Bday Anum 2017

Assalammualaikum Dunia ;)

Blogger Anum yang gojess lagi jelita ade buat giveaway sempena birthday beliau , jom joint kat sini giveaway-bday-anum-2017

Okew , korang jangan lupa joint tau !!!!

babai korang .

Wednesday, 8 November 2017

LAZADA Online Revolution Blogger Contest


Assalammualaikum Dunia ;)

Wahhhh , betui ni LAZADA ada buat contest untuk blogger-blogger macam kita nie , haruslah cuba kan untuk meramaikan lagi blogger-blogger yang ada kat Malaysia termasuklah Filipina dan juga Thailand . Haaa apa lagi , marilah kita bersama-sama menyahut cabaran . LAZADA Online Revolution Blogger Contest berlangsung dari 1 November sehingga 14 Disember 2017 yer kawan-kawan .

jom kita sama-sama memeriahkan Blogger Contest 'LAZADA'



a) . Do you remember the first product that you ever purchased online? What   was it and how was your experience?

 Mestilah akak ingat , pertama kali akak membeli belah secara atas talian adalah kerana terlihat akan promo yang dibuat oleh 'LAZADA', sebab apa, harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dan tanpa fikir panjang lagi akak pun membuat pembelian , sebab takut barang yang akak nak tue 'sold out' apakah barang barang yang menjadikan akak gila sekejap , semestilah barang untuk  wanita dik non oiii , haa mestilah handbag, color cream , ,meh akak tepek picture japp , benar handbag ni dari 'LAZADA' yer . Best tau , sebab cantik , selesa dan sangat sesuai ngan akak , sebab boleh letak semua barang dalam tue. Suka sangat !!!


Barang pertama yang akak beli kat LLAZADA

b) Which types of products would you prefer buying online?

Selalunya product yang menjadi kegilaan adalah barangan wanita, bermula dari pakaian , handbag, kasut , dan juga perfume  . Jadi perempuan macam ni laaa, asyik belek-belek baju, selepas tu kasut, penjagaan kulit serta barangan wangian . kalau dah belek tu dan ada yang dah berkenan , haruslah di klik klik , esok dah sampai barang kat rumah , siapa yang tidak suka kan , kan ,,, tipulah kalau cakap tak suka.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli belah semasa Online Revolution.

Ingat tarikh nie, save the date okew

c)   What to you love about online shopping?

Gila tak suka shopping online , memang berbaloi , sebab kita boleh jimatkan masa yang dibazirkan untuk memandu , parking , makan, masa untuk memilih lagi dan berebut dengan orang pun kena kira juga,  kalau online ianya semudah dihujung jari anda sahaja , dimana prosesnya sangat senang Pilih ---------> Pesan  -------> Dapat Barang.

zaman sekarang ini , kita gunakanlah kemudahan yang disediakan , sebab apa , sekarang bukan lagi setakat menggunakan komputer untuk shopping, dengan telefon pun dah boleh shopping tau , tidak kira dimana kita berada, pun boleh buat pembelian atas talian .

d) Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution

Mesti ambil peluang ini dengan sewajarnya , semasa online Revolution , brangan yang akan menjadi perhatian adalah kelengkapan rumah , yaaa semestinyalah barang perabot dan dekorasi untuk ruang tamu , nampak macam suram je ruang tamu kat rumah tue, ingat nak buat pembaharuan dengan adanya online revolution ni, bolehlah akak shopping untuk menukar ruang tamu akak tue yang nampak bosan kepada yang lebih  ceria dengan kos yang berpatutan .
Simple dan elegant 


Apa tunggu lagi , ingat tarikh nie 11.11.2017 untuk anda membeli barangan idaman anda dengan harga yang berpatutan tanpa perlu mengeluarkan pelbagai jenis kos yang akan memeningkan kepala anda, ok standby dengan telefon ditangan dan jom shopping sebab 'LAZADA' menjanjikan penjimatan yang amat gila sehingga kita jadi gila untuk bershopping ...haaaaa ...yang penting barang pun berkualiti jugak dan jangan lepaskan peluang ini yer kengkawan .

Sila layari www.lazada.com.my/online-revolution untuk menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest , serta nikmatilah pelbagai diskaun hebat dan pilihan yang amat berbaloi dengan nilai wang anda! 

Friday, 3 November 2017

Wat Gapo Kat Dataran Tanjung Gemok

Assalammualaikum Dunia ;)
Cer tengok peta, Tanjung Gemok kat mane, haaa pandai nyer semua , mane lagi kalo bukan kat Pahang kan kan kan .

Mo wat gapo kat situ ? ambik angin malam ;)  haaa jangan tak tahu view kat Tanjung Gemok sangat cantik diwaktu malam sebab , kawasan dilimpahi cahaya sinaran lampu-lampu neon yang amat mengasyikkan mata tau , tambahan pula, kat dataran Tanjung Gemok nie , bangunan yang ade kat dataran akan bertukar color tau , dari merah, biru, unggu , hijau , cantikkk ...

Cantik kan πŸ€—πŸ€—

Disamping menikmati pemandangan malam yang indah dan ditemani oleh angin sepoi-sepoi bahasa akan membuatkan kita terleka diulit intan ....haaaa tak der kena mengena okew ...

Kat sini jugak si kalut Rayyan jatuh sebab lari-lari , cian dia berdarah kepala lutut , tue lar tak mo dengaq cakap orang ;-
Awat gelapp ni
Oh yer , bila anda dah mai sini , anda selangkah jer lagi nak pi Johor ;) tak jauh pon , lepas jambatan jer ... dari dataran pon dah nampak Negeri Johor Darul Takzim !!!

Untuk dibuat kenangan
p/s: kalau nak pi pulau Tioman, memang kena datang sini , sebab jetinya disini yer tuan puan .