Followers

Thursday 25 September 2014

Crocodile Hunter at Taman Buaya Melaka !

As salam ,
Dah pernah pegi taman buaya ? tengok buaya ..mmm kat Melaka nie ade satu taman yang mana semuanya adalah buaya tau , so kalo korang datang Melaka , jangan lupa pi melawat buaya ni tau (cian dia ) dia memang tunggu orang datang melawat die ....heheheh ...location plak dekat jew ngan Ayer Keroh , opposite ngan zoo Melaka ;)

oklah disamping buaya -buaya yang ada tue, korang boleh juga melawat replika mini tugu peringatan pahlawan ...  jom layankan jew gambo-gambo nie ..
                                                 mengenang pahlawan yang berkorban untuk negara
                                  wei , twin tower pon ader tau ;) tak rugi pon kalo masuk sini
 jeng jeng jeng nie lah dia watak utama nyer ;) time nie buaya sedang melepak jew
 dekat sikit ...jangan risau tahap keselamatan adalah amat dititikberatkan untuk pengunjung
cer teka dia tengah buat aper? 
sorry lah gambo tak banyak , biasalah bawa sikecik nie , nak posing pon tak sempat , sib baik buaya nie pandai posing , bolehlah ditempekkan kat sini , ok , sekian laporan dari wartawan yang tak bertauliah , ok jangan lupa untuk visit Melaka , when you visit Melaka meaning you already visit Malaysia .. semuanya ada dI MELAKA  !

Thursday 18 September 2014

Mewarna di Hari Malaysia 2014 !

Salam Rabu ,
Hari Rabu kan .. yer betul semalam kan cuti ... sajer ler tue.. mmm semalam memang Hari Malaysia , dan disebabkan itu pepagi buta dah terconggok kat dewan sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut dikawasan tempat saya ... memang meriah dengan pelbagai acara yang menarik dan tertarikkk;) ..aku malas sebenarnya nak pergi yerlah hari cuti kan .. sapa lah nak bangun pepagi dihari cuti ... tapi sebab semangat yang membara (wah 3x) aku gagahi jua ...
gambar tak clear ambik  pakai handphone jew pon

acara untuk kanak-kanak bermula seawal 9.00 pagi dimana pertandingan mewarna yang dibahagikan mengikut kategori umur ;)
sementara itu acara banyak dijalankan pada sebelah pagi dan cuaca pula sangat-sangatlah membantu untuk melancarkan acara padahari itu ditambah pula dengan kakitangan petugas yang ada pada hari itu sangatlah friendly dan ramah mesra dan semestinya minuman dan makanan yang disediakan adalah percuma ;) saya suka , saya suka , saya sukaaaa...
selepasa mendaftar untuk Icha mewarna , aku tunggu sampai diberi kertas untuk diwarna , ialah aku nak balik rumah dulu (sib baik rumah tak berapa jauh ) nak buat sarapan ...almaklumlah ada tetamu kat rumah ... so  aku tunggu lah Icha warna sekejap lepas tue aku pon cecepat berlari balik rumah untuk buat sarapan ..dalam pukul 10 pagi baru aku datang balik ... sebelum tue aku dah Tanya kat budak yang jaga tue abis kul berapa ... so aku datang waktu diorang habis mewarna ... nasiblah Icha ..
sesi mewarna pon bermula


                                      masa nie aku dah nak balik dah bye Icha god luck yer

nasib baik Icha dapat kawan , so waktu aku datang tue , dia tengah minum dengan kawan dia ...so masa menunggu yang amat panjagn aku rasakan ..walaupon acara banyak sedang berlangsung , disebabkan si Rayyan pon ikut sekali , maka jangan mimpilah untuk masuk bertanding ..bertanding ngan si Rayyan jew ...tunggu punya tunggu result tak keluar lagi si Rayyan dah semakin mengganas... ialah time dia tidur kan almaklum jewlah dah pukul 12 tengah hari ... penat hoi menunggu ngan si Rayyan yang mengamuk tak nak pegang , sekejap nak pi main buai lah , main gelungsor lah , penat nyer ...sib baik air free..  dalam kul 12 lebih kot aku rasa barulah diumumkan  tapi masa tue aku temankan Icha pi toilet ,bila sampai jew diorang kata nama dah panggil ... terpaksa lah pi tanya kat urusetia ;) jeng jeng jeng
 berbaloi lah juga menuggu sampai nak petang Icha dapat tempat pertama kategori umur 5-6 tahun


tue lah dia cerita mewarna di Hari Malaysia ;)

Saturday 13 September 2014

Kids Ultraman Collections

Salam Jumaat,

Jumaat yang indah .. indah lah sangat .. namun dalam keindahan itu ada kepiluan yang tersendiri ;)
just to my self ...(memang Jumaat indah kan kan kan)
hakikatnya sememanganya penghulu segala hari adalah hari yang diberkati dan pahala nya akan dapat lebih ..: contohnya lebih afdal kita memotong kuku pada hari Jumaat kerana dapat pahala ma ;)
okew lah sempena hari nie last sekolah untuk semua penduduk Malaysia (yang dok kat pantai timur dah start semalam yer ) maka berseronoklah semasa musim cuti persekolahan ini ... dan kepada ibu bapa dan juga penjaga sila perhatikan anak-anak anda semasa cuti ini ... luang kan masa dan curilah masa untuk membawa anak anda bersiar-siar .. kalau tak dapat pergi berovernightstay.. just bring them to beach or garden or menonton tv or movie kat rumah pon boleh buat depa gumbira tau ;)
ok geng selamat menjalani kehidupan yang mencabar kat atas muka bumi ini..
                                                           when Icha was born
                                                  when my handsome boy born
                                                                    kamen rider
                                                      misi menjaga keamanan bumi
                                                                 Ultraman
                                                           a Ultraman series collections
                                                                  transformers
with lovely barbie doll
selamat bercuti semua ;)

Friday 12 September 2014

My Mini Taman Magic Garden ^^

As salam ,

Magic Garden in the night ?  heheheeee i like but my land was very-very a small one  ...so very difficult to me want make a magic garden ... hahahaa
so , disebabkan tanah yang tak berapa nak besar itu , aku gagah kan juga untuk menanam rumput-rumput disekelilingnya  ;)
                                                         sila abaikan getah paip itu yer ....
                                                                 small garden ;)
rumput yang hidup segar ;)
 
sebenaqnya entry ini adalah bertujuan untuk joint  http://susunatursioca.blogspot.com/  untuk laman/garaj
nie first time joint dengan dak fizah nie..
 
jom ramai-ramai memeriahkan taman memasing ;)

Friday 5 September 2014

Nasi Lemak Buah Bidara !

Nasi lemak untuk sarapan ...
hai kengkawan , ari nie makan ape yer ? saya buat nasi lemak yang super ler simple dan senang jew nak buat ;)
the simple sambal
 
 
kacang goring campur ngan ikan bilis
 
                                                      dihidang dengan telur goring sekali ye ...

dan last sekali nasi lemak ..tp tak capture pic die sbb dalam periuk nasi... okey resepi nie senang jew dan paling mudah nak disediakan ... jom masak nasi lemak ;)

selamat memasak yer ;p)
 

Thursday 4 September 2014

INGIN KERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM !


Cara Memohon Jika anda seorang yang cenderung untuk memberi khidmat kepada masyarakat, mempunyai kelayakan PMR. anda dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam dalam...
 
SILA LAWAT WEBSITE WWW.SPA.GOV.MY